Wednesday, October 24, 2007

KURSUS INTENSIF PRA TAHFIZ MUSIM CUTI DI PONDOK KELANTAN

(Terbuka untuk pelajar Darjah 6, lelaki - umur 12 tahun)

Tempat : Pondok Haji Yaacob Samba, Cherang Tuli, Pasir Puteh.

Tarikh : 8 Zulkaedah hingga 8 Zulhijjah 1428 / 18 November hingga 18 Disember 2007

Perasmian penutup dan penyampaian sijil oleh

USTAZ DATO' MUHAMMAD BIN DAUD AL-IRAQI

Bekas Exco Kerajaan Negeri Kelantan / Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia

Maklumat lanjut layari http://pondokcherangtuli.blogspot.com/

atau hubungi 013-9211109 (Ustaz Al-Azmi) / 013-9229044 (Puan Norhasidah)

e-mail : pondokkelantan@yahoo.com


MAKLUMAT PROGRAM


Program ini dirangka khas untuk murid yang baru menamatkan pengajian di peringkat rendah dan akan memulakan pengajian peringkat menengah. Dengan menyertai program ini, pelajar akan dipersiapkan untuk menghadapi alam remaja dan dewasa yang mencabar. Mereka akan dilengkapi dengan asas mantap pendidikan Islam dan persiapan menghadapi dunia yang berteknologi canggih masa kini. Para peserta akan mendapat manfaat tidak ternilai melalui spesifikasi kursus seperti berikut:


  • Khas untuk murid tahun 6

  • Kursus satu bulan semasa cuti hujung tahun

  • Dijalankan dalam suasana pengajian pondok

  • Dilaksanakan pengendali profesional multi-disiplin

  • Disertakan dengan aktiviti riadhah dan sukan terancang

  • Dilengkapi pengenalan kemahiran komputer dan internet


PENGANJUR


Program ini dianjurkan sendiri oleh Pondok Haji Yaacob Samba, Cherang Tuli, Pasir Puteh yang diketuai oleh Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Deraman al-Makki, seorang lulusan Darul Ulum, Mekah dan Universiti King Abdul Aziz, Jeddah. Bekas Guru Sekolah Agama Azhariah, Melor. Beliau pernah tinggal di Arab Saudi sejak berumur 9 tahun sehingga tamat pengajian dan kembali berkhidmat di tanah air.


LOKASI


Pondok di Kampung Cherang Tuli hanya dua kilometer dari pusat bandar Pasir Puteh. Kemudahan pengangkutan adalah sempurna kerana lokasinya berhampiran jalan utama Pasir Puteh - Kota Bharu.



TENAGA PENGAJAR


Selain Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Deraman al-Makki, guru-guru tahfiz dan diniyyah (agama) yang sedia ada di pondok ini akan menjadi tenaga pengajar teras bagi program ini. Mereka akan dibantu pengajar jemputan dalam bidang teknologi maklumat dan motivasi diri dari kalangan profesional dalam bidang masing-masing


KANDUNGAN KURSUS

Kandungan kursus dalam program ini akan memenuhi keperluan pelajar yang sedang meningkat remaja bagi persiapan beramal dengan ajaran Islam dan bersedia mengikuti cabaran semasa. Antara lain tumpuan kursus adalah seperti berikut:


  • Hafalan al-Quran Juz Amma (Muqaddam) - Tambahan khas bagi murid yang telah sedia hafal

  • Pelajaran solat meliputi solat fardhu, solat jenazah, solat musafir, solat-solat sunat, wirid, zikir dan doa berkaitan solat

  • Doa dan zikir harian

  • Pelajaran akhlak meliputi hubungan dengan ibu bapa, keluarga, masyarakat dan negara

  • Program motivasi dan pembangunan insan

  • Program khas pengenalan pengurusan masjid

  • Program khas pengenalan internet untuk pembangunan diri dan interaksi kumpulan yang sihat dan canggih


BAGAIMANA MENDAFTAR


Kepada yang berminat boleh menempah tempat melalui telefon/sms/e-mail seperti di atas.


Calon yang diterima akan kami hubungi untuk mendaftar. Proses pendaftaran adalah seperti berikut:


  1. Masukkan yuran kursus RM500.00 ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad - cawangan Pasir Puteh NO: 03090010003163 (Pondok Haji Yaacob Samba)

  2. Slip kemasukan wang hendaklah di faks ke 09-7648992

  3. Pengesahan pendaftaran akan kami hantar melalui e-mail, faks atau pos mengikut permintaan peserta.

  4. Pada hari pendaftaran peserta perlu membawa bersama slip kemasukan wang dan pengesahan pendaftaran yang kami hantar.

Peserta yang berminat boleh datang terus ke alamat di atas pada hari pendaftaran iaitu Ahad 18/11/07 pukul 9.00 pagi dengan membawa bersama barang keperluan seperti berikut:-

KEPERLUAN SEMASA KURSUS

· Kelengkapan pakaian selama sebulan ( musim hujan).
· Kelengkapan solat (kopiah, tasbih, surah yassin dsb).
· Sebuah muqaddam Juz Amma.

. Cadar, sampul bantal, selimut.
· Ubat-ubatan sekiranya perlu.
· Kelengkapan mandi ( kain basahan, sabun, berus gigi dan ubat, syampu dsb).
· Keperluan riadhah ( seluar trek, T-shirt, kasut sukan).
· Selipar untuk kegunaan harian.
· Alat-alatan tulis (pen, pensil, buku nota dsb).

. Lain-lain keperluan yang dirasakan perlu.

1 comment:

canda ca said...

Assalamualaikum.Wr.Wb.
Kepada Yang mulia Pimpinan Pondok..saya dari Indonesia (Aceh). bagaimana caranya untuk bisa masuk kepondok yang ada di Malaysia..saya pernah belajar Di Pondok yang ada di Aceh sejak tahun 1997 s.d 2009..saya rencana mau hijriah ke pondok yang ada di sini..untuk mencari ilmu dan pengalaman..Terimaksih Wassalamualaikum.Wr.Wb